Spesis Ikan Pelik Di Malaysia Dan Dunia

Spesis ikan terkecil di dunia ada di terengganu

DUNGUN – Spesis ikan paling kecil di dunia, ”Paedocypris” dari keluarga ”Cyprinidae” dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk, di sini.
Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Azmi Nordin berkata, ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2006.
“Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini,” katanya di sini, hari ini.
Azmi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini.
Beliau berkata, pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang.
Menurut Azmi, buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi. – Bernama


Spesis baru ikan tanpa mata ditemui

GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan ikan tanpa mata di temui di kawasan timur Papua.

JAKARTA – Sejenis ikan tanpa mata dan katak yang membawa berudu di atas belakangnya merupakan antara spesies baru haiwan yang ditemui sekumpulan saintis di kawasan timur Papua, Indonesia.
Kumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Pembangunan Montpellier, selatan Perancis, membuat penemuan itu semasa mengkaji beberapa buah gua, sungai bawah tanah di kawasan pedalaman, Pulau Papua New Guinea baru-baru ini.
“Ikan ini setakat yang kami ketahui merupakan ikan gua pertama yang ditemui di Papua,” kata saintis IRD, Laurent Pouyaud.
Penyelidikan selama tujuh minggu itu yang disertai beberapa ahli biologi, pengkaji haiwan dan pakar arkeologi merupakan projek perintis bagi mengkaji kepelbagaian hidupan di rantau berkenaan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Maritim Indonesia dan Institut Sains. – AFP

Ikan piranha gergasi berjaya ditangkap

BENTUK ikan piranha gergasi.

LONDON – Seorang pemancing, Jeremy Wade berumur 52 tahun menangkap seekor ikan mirip piranha sepanjang 1.52 meter dan berat 45.39 kilogram di Sungai Congo, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu mempunyai 32 batang gigi yang saiznya sama dengan ikan jerung putih. Ia ditangkap dengan joran 90.7 kilogram dan menggunakan umpan seekor ikan air tawar, baru-baru ini.
Ikan itu merupakan spesies ikan harimau Afrika yang terkenal kerana menyerang manusia dan buaya.
Pemancing itu yang merupakan hos program River Monsters di stesen televisyen ITV berkata, dia mengambil masa lapan hari sebelum berjaya menangkap ikan itu.
“Ia merupakan seekor ikan yang amat berbahaya untuk dikendalikan. Jika anda tidak berhati-hati, ikan itu dengan mudah akan memutuskan jari anda,” katanya. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Ikan berkepala buaya ditemui


SEEKOR ikan aneh yang mempunyai mulut seperti buaya dan bersisik mirip ular ditemui di sebuah dermaga membaiki kapal di Kota Tegal, Jawa Tengah pada 5 Februari lalu.
JAKARTA – Seekor ikan yang mempunyai kepala mirip buaya ditemui di Jalan Bali, Kelurahan Mintaragen, Tegal Timur, Kota Tegal, Jawa Tengah pada minggu lalu.
Ikan aneh itu yang ditemui pada 5 Februari lalu mempunyai empat sirip dan tiga ekor serta mempunyai sisik seperti ular.
Dua lelaki menangkap ikan itu semasa mereka mencari ikan di dermaga membaiki kapal.
Menurut laporan akhbar dalam talian, Liputan 6.com, ikan itu tidak melawan semasa ia ditangkap.
Sebaliknya, ikan tersebut kelihatan seperti minta ditangkap oleh kedua-dua beradik itu.
Ikan itu diperlihara di dalam kolam kecil di rumah mereka. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Ikan Pari Terbesar Di Dunia Tumpas

Rekod memancing Ikan Pari terbesar di dunia telah dipecahkan oleh Pemancing dari England,Ian Welch.Ikan Pari Terbesar di dunia ini ditangkap di perairan Sungai Mekong,Thailand.Dipercayai Ikan Pari Terbesar Di Dunia.
Ikan ini bersaiz 7 kaki lebar dan 7 kaki panjang dengan ekor penyengat sepanjang 10 kaki.Menurut Ian Welch dia memerlukan selama 90 minit untuk menangkap Ikan Pari tersebut untuk dibawa ke daratan dengan dibantu 13 orang lelaki.
Sumber : Fcukz.co.cc

No comments:

Post a Comment