Tempat Menyeramkan Di Dunia


1. Segitiga Bermuda
Mendengar Segitiga Bermuda tentu semua orang hampir mengetahui kengerian tempat tersebut. Misteri kehilangan beberapa kapal laut dan pesawat di kawasan Segitiga Bermuda tentu membuat setiap orang terkejut, takut dan bingung. Di sana juga dipercayai menjadi tempat bersemayam Syaitan & Dajjal Segitiga Bermuda dan juga diyakini sebagai tempat pengkalan UFO. Tempat tersebut terletak di antara Miami, Bermuda dan San Juan (Puerto Rico). Cerita yang paling menarik adalah hilangnya semua skuadron pesawat pengebom tahun 1945 dan hilangnya beberapa kapal besar. Anehnya, tidak satu pun mayat atau bangkai pesawat dan kapal ditemui. Bahkan beberapa alat mencatat gelombang elektromagnet yang ganjil di tempat tersebut. Banyak orang yang percaya bahawa tempat tersebut dijadikan markas makhluk luar angkasa.
2. Edinburgh
Kota terpendam (terperap) Edinburg, selatan Bridge yang terdiri dari rangkaian ruang bawah tanah, bilik, terowong kapal dan kumpulan mayat yang telah terbungkus dalam misteri dan tak terusik selama ini. Bandar ini dibuka pada tahun 1788 tetapi hampir tidak diketahui kewujudannya, sehingga tahun 1985 kota tersebut ditemukan kembali. Diyakini di tempat tersebut menjadi tempat hidup dan matinya ribuan orang bawah tanah.
3. Lizzie Borden B & B
Pembunuh Kapak yang menakutkan di sebuah rumah berciri Yunani di Masschusett sekitar 50 batu selatan Boston. Rumah tersebut dibina pada tahun 1845 dan dijadikan tempat pembunuhan Abby and Andrew Borden dengan kapak oleh anak mereka sendiri, Lizzi. Namun Lizzi sendiri tidak pernah terbukti melakukan pembunuhan tersebut dan bebas dari tuduhan. Kes tersebut juga tidak diselesaikan sehingga sekarang.
4. London
Di bawah kota kuno di London terdapat kengerian. Kota tersebut dulunya dipercayai menjadi saksi kekejaman dengan tulang dan darah berserakan. Jalan Hantu London menjadi tempat paling menyeramkan dan menjadi tempat pelancongan khas, serta tempat persembunyian sang lagenda jenayah Jack Ther Ripper.
5. New York
Di jalanan kota New York telah lama menjadi tempat paling aneh. Biasanya tempat ini didatangi oleh dua juta lebih penduduk New York yang berkostum menyeramkan. Acara perayaan lain yang menarik untuk dikunjungi adalah perayaan hari besar ghoulish yang mengandungi Halloween Extravaganza dan Prosesi Syaitan. St John Divine yang merupakan Katedral Gothik terbesar di New York juga menarik untuk dikunjungi.
6. Roswell
Beberapa orang meyakini bahawa bangkai-bangkai pesawat yang jatuh di Roswell, New Mexico tahun 1947 merupakan pesawat alien. Dan insiden Roswell adalah satu kontroversi hingga sekarang. Upaya keras kerajaan Amerika Syarikat untuk menutup fakta, membuat banyak pihak yang yakin bahawa ada sesuatu yang sangat penting sedang disembunyikan. Banyak yang yakin bahawa Roswell adalah satu tempat bersejarah dalam fenomena tentang UFO dan "tetamu-tetamu dari luar angkasa".
7. Salem
Bandar Salem menyimpan cerita tragedi Salem 1692. Pada tahun tersebut banyak orang yang diseksa dan dibunuh kerana dituduh sebagai ahli sihir walaupun tidak ada bukti. Setiap bulan Oktober, penduduk kota Salem selalu merayakan pesta hantu di beberapa tempat misteri. Salah satunya adalah Witch House, yang merupakan bangunan tertua di Salem dan merupakan rumah Jonathan Corwin, hakim yang bertanggungjawab atas meninggalnya 19 wanita di Salem.
8. Savannah
Savannah merupakan bandar tertua di Georgia. Bandar ini dipercayai mempunyai sejarah panjang terhadap kekerasan dan tragedi berdarah saat revolusi dan perang saudara. Bahkan hal tersebut juga tergambar dari bangunan penduduk di sana yang biasanya di buat beberapa sentimeter di atas tanah. Di sana pengunjung akan di ajak melawat ke Rumah Bajak Laut yang dalam masa beberapa abad sangat terkenal. Selain itu Rumah Marshall 1851 diyakini menjadi tempat merawat mangsa perang saudara.
9. Hotel Stanley
Hotel ini dibina tahun 1909 di pergunungan Colorado. Hotel tersebut terlihat sangat menarik dan mempunyai restoran yang sangat terkenal. Namun hotel ini juga menyimpan misteri. Seperti yang diyakini penduduk tempatan bahawa Flora Stanley, pemilik pertamanya, sering melihat dan mendengar suara isteri pertamanya yang telah lama meninggal, bahkan diyakini sering bermain piano bersama. Selain itu, pada tingkat empat hotel tersebut terdapat ruangan gelap, dan dari bilik nombor 217 sering kali terlihat satu kepala raja.
10. Transylvania
Bandar ini terkenal kerana sejarah vampire / pontianak. Penghisap darah tersebut diyakini pernah menguasai bandar ini. Transylvania juga dipercayai menjadi tempat lahirnya dunia kegelapan. Kota yang terletak di bahagian barat Romania ini menjadi rumah drakula. Residen Bran yang merupakan istana para drakula pada abad 14 juga menjadi tempat yang menarik untuk dikunjungi. Sekitar 20 batu dari bandar Brasov, yang dibayangi Gunung Bucegi, terdapat rumah yang dulunya milik seorang putera Romania yang menjadi vampire.
sumber: http://space-01.blogspot.com

No comments:

Post a Comment